Thursday, November 27, 2008

Muqaddimah

Salam Sejahtera buat semua, blog ini saya tujukan khas untuk pengusaha di dalam industri akuakultur terutama di Malaysia dan di mana-mana sahaja yang boleh dicapai serta memahaminya. Sengaja saya tuliskan dalam Bahasa Melayu dengan harapan boleh berkongsi maklumat secara mudah dan meluas dengan pengusaha akuakultur kecil yang kurang mahir dengan Bahasa Inggeris umumnya. Walau bagaimanapun, ianya tidak bermaksud menghalang mana-mana individu lain untuk berkomunikasi dan memberi komen menggunakan Bahasa Inggeris.


Ruangan ini diharapkan boleh memberi manfaat kepada setiap individu atau organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri ini melalui perkongsian ilmu dan maklumat semasa. Maklumat ternakan, perniagaan, pemasaran, pembenihan, asuhan, pemprosesan, biosekuriti perladangan dan apa jua aktiviti ekonomi yang berkaitan di dalam industri akuakultur secara hiliran dan huluan akan saya dipaparkan dan sebarang maklumat baru yang ingin dikongsi bersama oleh pihak pembaca adalah dialu-alukan.


Semoga kita semua mendapat faedah bersama. Terima kasih.


No comments: